Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul.

Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.

Tuesday, December 21, 2010

Team Building PSA Akhiri kelendar 2010

BUDI training & management kembali ke gelanggang latihan lagi. Kali ini dengan warga kerja Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam aka PSA. Program selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 10 Disember dan berakhir pada 12 Disember 2010. Seramai 32 orang telah mengikuti program Team Building yang diadakan di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat Selangor.

Program yang julung-julung kali di adakan ini adalah untuk menyuburkan semula jalinan ukhuwwah dan mahabbah sesama warga PSA. Kehadiran Puan Pengarah PSA yang baru, Yg Bhg. Puan Asmara Sulong, Timbalan Pengarah, En Nazri dan Puan Zainab dalam program menjadikan program ini sangat bermakna terutama kepada semua pegawai-pegawai PSA.

Program Team Building kali ini dikendalikan bersama En Nordin Kamsin ( Pak Din ) dan Saudara Soiful Bahri sidek ( Pak Tabib Muda ). Kami selaku rakan perunding dan pengendali program ini merasa gembira diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program ini berjalan. al hamdulillah sebahagian besar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Kami sentiasa mendoakan agar kalian semua akan menjadi warga kerja yang ikhlas dan tabah serta  sentiasa mengharapkan redha Allah dalam setiap kerja dan aktiviti yang dilakukan.Tabek semua!

Saturday, August 14, 2010

SINAR RAMADHAN


Assalamualaikum wrt wbt

Sekarang ini kita telah pun berada di bulan sya'ban. Maknanya tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan bulan RAmadan Al Mubarak. Bagi orang yang kuat imannya, kedatangan Ramadan memberikan makna yang sangat besar dan mendalam dan bagi orang yang imannya tipis kedatangan Ramadan hanya akan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh gembira kerana dapat menikmati berbagai juadah lazat di bazar-bazar Ramadan. Ketika inilah banyak peniaga-peniaga musiman yang muncul untuk meraih laba untuk persiapan menyambut Aidil Fitri.

Tentunya Ramadan yang penuh berkat ini merupakan satu amalan ibadah yang luarbiasa hebatnya. "Hanya orang yang mempunyai ilmu iman dan takwa sahaja yang dapat merasai kelazatan berpuasa" kata ustaz ana semasa dibangku sekolah dulu.

Kami di BUDI Training & Management mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT DATANG JUALAN HEBAT RAMADAN! Ramadan The Big Sale Ibadah!

Tuesday, July 27, 2010

PROGRAM KELUARGA BESTARI

Kuala Langat 25 Julai 2010 - Team BUDI Training & Management telah dijemput untuk mengisi progam Keluarga Bestari di Sekolah Agama Menengah Agama Sungai Manggis. Seramai 60 orang pelajar dan 20 orang ibubapa dijemput hadir dalam program tersebut.  Program anjuran sekolah dan PIBG sekolah ini bertujuan untuk membantu remaja dan ibubapa lebih mengenali potensi diri dan membangunkan upaya untuk menjadi insan cemerlang.  Program ini dirasmikan oleh Guru Hal Ehwal Murid dan turut dihadiri YDP PIBG sekolah.Program yang bermula pukul 9.00 pagi ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari.