Monday, December 3, 2012

Program Pengupayaan Pimpinan Desa Siri 2~

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua, didoakan agar kita semua sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah....

Alhamdulillah, pada 1 Disember 2012 bersamaan17 Muharram 1434 Hijrah yang lalu, "Team BUDI" telah berjaya melaksanakan program yakni "Program Pengupayaan Pimpinan Desa". Program ini dianjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Y.B. DR. Yaakob bin Sapari (Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam & Pembangunan Usahawan) dengan kerjasama BUDI Training & Management.

Program ini juga telah disertai seramai 30 orang peserta yang bercirikan latarbelakang yang berbeza. Bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Program ini telah dijalankan di Dewan MBPJ, Petaling Jaya Selatan 4/19, Taman Indah Jaya, Taman Medan. Program ini juga merangkumi 2 DUN iaitu Bukit Gasing & Taman Medan.

Antara penceramah yang terlibat ialah Encik Mohd Zawawi & juga Encik Ibrahim. Semua peserta berasa gembira & teruja semasa program ini berlangsung.

Alamat Pejabat :
No 7B, Lorong Sanggul 1F,
41200 Bandar Puteri, Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-51660418
Pegawai 1) Encik Zawawi 019-3339871
              2) Encik Muslim 017-3525958










0 comments:

Post a Comment