Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul.

Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.

Friday, November 30, 2012

PUSAT WANITA BERDAYA - PROGRAM KESIHATAN MENTAL 2012

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua, didoakan agar kita semua sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah....

Alhamdulillah, pada 27 November 2012 bersamaan 13 Muharram 1434 Hijrah, "Team BUDI" telah melaksanakan 1 lagi program iaitu "Program Kesihatan Mental".. Program ini dianjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Y.B. Rodziah binti Ismail (Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi & Inovasi) dengan kerjasam syarikat BUDI Training & Management.

Program ini juga telah disertai seramai 30 orang peserta yang bercirikan latarbelakang yang berbeza dan khusus kepada wanita. Bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Program ini telah dijalankan di Hay Resort, Sabak Bernam. Semua peserta berasa gembira & teruja semasa program ini berlangsung. Program ini juga telah dirasmikan oleh Puan Faizah selaku wakil Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Slot 1 telah dikendalikan oleh Puan Hazlina binti Abdul Razak. Objektif slot ini ialah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai kesihatan, penyakit dan rawatan mental.


Slot 2 telah dikendalikan oleh Encik Zawawi bin Ahmad Mughni. Antara yang diterapkan dalam ceramah beliau ialah menerapkan kemahiran mendengar dan komunikasi yang berkesan.


Slot 3 juga dikendalikan oleh Puan Hazlina binti Abdul Razak. Beliau menerangkan tentang mengenalpasti emosi, kepelbagaian emosi dan juga kesan emosi pada diri.


Alamat Pejabat :
No 7B, Lorong Sanggul 1F,
41200 Bandar Puteri, Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-51660418
Pegawai 1) Encik Zawawi 019-3339871
              2) Encik Muslim 017-3525958


















Friday, November 23, 2012

Program Pengupayaan Pimpinan Desa Siri 1~

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua, didoakan agar kita semua sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah....

Alhamdulillah, pada 17 November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434 Hijrah yang lalu, "Team BUDI" telah berjaya melaksanakan 1 lagi program yakni "Program Pengupayaan Pimpinan Desa". Program ini dianjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Y.B. DR. Yaakob bin Sapari (Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam & Pembangunan Usahawan) dengan kerjasama BUDI Training & Management.

Program ini juga telah disertai seramai 30 orang peserta yang bercirikan latarbelakang yang berbeza. Bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Program ini telah dijalankan di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya. Program ini juga merangkumi 2 DUN iaitu DUN Ijok & DUN Bukit Melawati. Semua peserta berasa gembira & teruja semasa program ini berlangsung.

Alamat Pejabat :
No 7B, Lorong Sanggul 1F,
41200 Bandar Puteri, Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-51660418
Pegawai 1) Encik Zawawi 019-3339871
              2) Encik Muslim 017-3525958














Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1433

Ucapan Salam Maal Hijrah 1433H

Sempena kedatangan tahun baru Islam hari ni, maka berduyun-duyun umat Islam yang kini sedar untuk memeriahkannya. Ini sesuatu yang menarik.

Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya?

Tanpa kita sedar umur kita semakin meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah bertaubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?

Sedar tak sedar, kita akan masuk ke tahun baru 1433 Hijrah pada esok hari. Cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru jer baca doa untuk awal tahun dan akhir tahun.. Tapi pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru lagi.

Team BUDI ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah 1433 ini akan memperkokohkan lagi azam kita utk terus berkhidmat, berbakti dan berjuang demi agama, bangsa dan watan. Marilah kita sentiasa berdoa agar bangsa, agama dan tanahair kita akan terus berada didalam peliharaan dan keberkatan ALLAH SWT....

Tidak lupa juga kami merakamakan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat islam walau di mana jua berada. Juga didoakann agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.

Amin.....

Program Pengupayaan Pimpinan Desa 2012~

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua. Insya-Allah pada minggu ini "team BUDI" akan bergerak ke Unisel, Bestari Jaya untuk melaksanakan Program Pengupayaan Pimpinan Desa 2012 anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah maklumat program :

tarikh : 17 November 2012 (Sabtu)
masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
tempat : UNISEL, Bestari Jaya

Alamat Pejabat :
No 7B, Lorong Sanggul 1F,
41200 Bandar Puteri, Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-51660418
Pegawai 1) Encik Zawawi 019-3339871
              2) Encik Muslim 017-3525958