Friday, November 30, 2012

PUSAT WANITA BERDAYA - PROGRAM KESIHATAN MENTAL 2012

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua, didoakan agar kita semua sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah....

Alhamdulillah, pada 27 November 2012 bersamaan 13 Muharram 1434 Hijrah, "Team BUDI" telah melaksanakan 1 lagi program iaitu "Program Kesihatan Mental".. Program ini dianjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Y.B. Rodziah binti Ismail (Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi & Inovasi) dengan kerjasam syarikat BUDI Training & Management.

Program ini juga telah disertai seramai 30 orang peserta yang bercirikan latarbelakang yang berbeza dan khusus kepada wanita. Bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Program ini telah dijalankan di Hay Resort, Sabak Bernam. Semua peserta berasa gembira & teruja semasa program ini berlangsung. Program ini juga telah dirasmikan oleh Puan Faizah selaku wakil Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Slot 1 telah dikendalikan oleh Puan Hazlina binti Abdul Razak. Objektif slot ini ialah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai kesihatan, penyakit dan rawatan mental.


Slot 2 telah dikendalikan oleh Encik Zawawi bin Ahmad Mughni. Antara yang diterapkan dalam ceramah beliau ialah menerapkan kemahiran mendengar dan komunikasi yang berkesan.


Slot 3 juga dikendalikan oleh Puan Hazlina binti Abdul Razak. Beliau menerangkan tentang mengenalpasti emosi, kepelbagaian emosi dan juga kesan emosi pada diri.


Alamat Pejabat :
No 7B, Lorong Sanggul 1F,
41200 Bandar Puteri, Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-51660418
Pegawai 1) Encik Zawawi 019-3339871
              2) Encik Muslim 017-3525958


















0 comments:

Post a Comment