Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul.

Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.

Wednesday, April 25, 2012

AURASHIFA 5 DI CONCORDE HOTEL, SHAH ALAM!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t....ape khabar blogger2 semua? didoakan akan sentiasa sihat walafiat, sudah lama blog ini tidak di uptodate kan? baiklah, untuk pengetahuan semua baru-baru ini  20/4/2012 - 22/4/2012 (jumaat - ahad) Team BUDI Training & Management telah mengadakan satu lagi "Bengkel Aktifkan Intuisi AurAshifa 2012" bertempat di Concorde Hotel, Seksyen 9, Shah Alam. Bengkel ini juga turut merangkumi 3 sesi, Preview, Basic & Advance.

20 April 2012 - Sesi PREVIEW AurAshifa 2012, di Hotel Concorde, jam 8.00 malam - 10 malam 

21 April 2012 - Sesi BASIC AurAshifa 2012, di Hotel Concorde, jam 9.00 pagi - 5.00 petang 

22 April 2012 - Sesi ADVANCE AurAshifa 2012, di Hotel Concorde, jam 9.00 pagi - 5.00 petang


Seramai 6 orang peserta telah mengikuti sepenuhnya setiap Slot yang diadakan. Slot bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Grand Master Rachmat Setiawan atau panggilan lebih mesra Pak Rachmat yang merupakan Pengasas AurAshifa. Beliau memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini. Terapi ini diperkenalkan untuk membantu orang-orang yang terlibat dalam usaha membantu orang lain dengan satu pendekatan baru yang lebih santai, mesra dan yang penting ia adalah paduan antara teknik NLP ( barat ) dan Al Quran ( Islami ).


Bengkel kali ini agak berbeza sedikit kerana banyak penyertaan daripada kalangan lelaki, rata-rata mereka semua berlatarbelakangkan ahli perniagaan. Pasaran AurAshifa ini juga telah sampai ke negeri utara Malaysia, Encik Mohammad merupakan salah seorang peserta dari Kedah. Beliau merasakan teknik ini amat sesuai dan fleksibel digunakan untuk semua lapisan umur.

TESTIMONI
Encik Abdullah -Ahli Perniagaan-
"ilmu yang disampaikan amat berguna dan saya rasa berpuas hati, kini diri saya lebih tenang". Saya rasa lebih berkeyakinan.

Cik Mardhiyah -Eksekutif-
"saya mempelajari mengenai kuasa minda dan juga cara mengaktifkan potensi diri saya"


Encik Dr Wan Adam -Ahli Perniagaan-
"teknik yang ditunjukkan merupakan salah satu cara bagaimana untuk mencapai objektif atau matlamat kita, dan juga mengetahui kaedah untuk menyerlahkan aura diri". Alhamdulillah.


Puan Najwa -Pembantu Pentadbiran-
"kini saya mempelajari bagaimana untuk membuat terapi diri dan juga memasuki pemikiran di bawah sedar". Tambah beliau lagi "mereka yang menghadapi masalah kecelaruan spiritual, gangguan jiwa, makhluk halus dan sebagainya patut hadir kerana pendekatannya yang lebih mesra dan tidak menyakitkan pesakit".


Modul bengkel ini adalah lebih kepada teori & praktikal, Ianya bertujuan memberi ruang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman di dalam "Bengkel AurAshifa 2012" ini.


PESERTA MEMBERIKAN SEPENUH PERHATIAN

SESI PERBINCANGAN BERSAMA GRAND MASTER RACHMAT SETIAWAN

PESERTA SERONOK BERBUAL MENGENAI ILMU YANG TELAH DISAMPAIKAN

GRAND MASTER MENUNJUKKAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM BENGKEL INI

DR WAN ADAM JUGA TIDAK KETINGGALAN UNTUK MENCUBA


TEKNIK "SELF HEALING"

PERBINCANGAN BERSAMA GRAND MASTER RACHMAT


SESI SOAL JAWAB

SESI SOAL JAWAB


PESERTA DIBERI PELUANG UNTUK MENCUBA SENDIRI TEKNIK INI

PESERTA TURUT DIBANTU OLEH PEMBANTU GRAND MASTER RACHMAT

WAHHH!!! PESERTA GEMBIRA SEBAB BERJAYA MELAKUKAN TEKNIK INI

TERPANCAR WAJAH KERIANGAN

NI LA EN.MOHAMMAD (EN. MAT) DARI KEDAH

TAHNIAH!!!

SESI BERGAMBAR BERSAMA GRAND MASTER

SERONOKNYEEEEEEEEEE

SESI BERGAMBAR BERSAMA SEMUA PESERTA

INSYA-ALLAH KITA JUMPE LAGI YEEEEEE







pada mereka yang berminat bolehlah mula mendaftar sekarang :

ALAMAT PEJABAT :

7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418

Insya Allah, sampai disini dulu warkah pada kali ini, terimalah pantun 2 kerat :

terima kasih daun keladi,
panjang umur jumpa lagi

Wednesday, April 4, 2012

TAKLIMAT KHAS PENGAJIAN MEDIC, DENTIST, PHARMACY & ULUM ISLAMIAH DI MESIR

SESI PENERANGAN PENGAJIAN DI MESIR


PERCUMA!

 presenting to audience
Dapatkan maklumat lengkap tentang peluang sambung pengajian ke Mesir dalam bidang Perubatan , Pergigian , Farmasi dan Ulum Islamiah (Pengajian Islam & Bahasa Arab ) dengan menghadiri taklimat kami yg diadakan di :
Tempat        : Pejabat BUDI Training & Management.
Hari             :  Setiap hari
Waktu         :  10 pagi – 9 malam
Yuran         :   Percuma 

*Kehadiran haruslah melalui temujanji terlebih dahulu sekurang-kurangnya sehari sebelum.
Sila hubungi 019 333 9871  ( Us Mohd Zawawi ) , utk buat temujanji.
Terima Kasih                                                                                                                                                                                                               
                                           
losing the race

2012  red blocks angled


DAFTAR SEGERA , TEMPAT TERHAD .
Untuk sentiasa mengikuti maklumat terbaru , sila like page facebook kami dihttp://www.facebook.com/DaulahMedic

Sunday, April 1, 2012

BENGKEL AURA SHIFA SIRI 4

PENDAFTARAN SEDANG DIBUKA

Kepada semua alumni Aura Shifa yang ingin mengikuti program Advance pada 22.04.12 ( Ahad ) Sila daftarkan diri anda segera kerana tempat terhad.

Sila hubungi kami ; 019 3339871  - US Zawawi
pejabat urusan BUDI Training Center : 03 5166 9418