Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul.

Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.

Tuesday, July 27, 2010

PROGRAM KELUARGA BESTARI

Kuala Langat 25 Julai 2010 - Team BUDI Training & Management telah dijemput untuk mengisi progam Keluarga Bestari di Sekolah Agama Menengah Agama Sungai Manggis. Seramai 60 orang pelajar dan 20 orang ibubapa dijemput hadir dalam program tersebut.  Program anjuran sekolah dan PIBG sekolah ini bertujuan untuk membantu remaja dan ibubapa lebih mengenali potensi diri dan membangunkan upaya untuk menjadi insan cemerlang.  Program ini dirasmikan oleh Guru Hal Ehwal Murid dan turut dihadiri YDP PIBG sekolah.Program yang bermula pukul 9.00 pagi ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Sunday, July 25, 2010

PENGURUSAN STRESS KERJAYA

Pada 20-23 Julai yang lalu, Abu Awlad telah diminta oleh Pasukan INSAN HRD Consultancy untuk membantu menjayakan Program Pengukuhan Diri warga kerja Bahagian Kewangan, SUK Negeri Perak.

Seramai 40 orang peserta termasuk 10 orang wargakerja Jabatan Hutan Negeri Perak telah mengikuti program tersebut selama 3 hari 2 malam. Program tersebut di adakan di Pulau Talikail, tasik Temenggur, Gerik.

program selama 3 hari 2 malam ini turut dihadiri Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Haji Nordin Bin Mat dan beberapa orang pegawai gred 41 dan 44. Fokus utama program ini adalah kepada pengurusan stress.

Modul program ini lebih kepada aktiviti dan gerakkerja luar bagi memberi peluang kepada semua peserta merasai sendiri pengalaman belajar bersama alam sebagai satu terapi stress.