Monday, December 3, 2012

Program Pengupayaan Pimpinan Desa Siri 4~

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua, didoakan agar kita semua sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah....

Alhamdulillah, pada 2 Disember 2012 bersamaan 18 Muharram 1434 Hijrah yang lalu, "Team BUDI" telah berjaya melaksanakan 1 lagi program yakni "Program Pengupayaan Pimpinan Desa". Program ini dianjurkan oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Y.B. DR. Yaakob bin Sapari (Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam & Pembangunan Usahawan) dengan kerjasama BUDI Training & Management.

Program ini juga telah disertai seramai 30 orang peserta yang bercirikan latarbelakang yang berbeza. Bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Program ini telah dijalankan di Dewan Orang Ramai Sri Andalas. Program ini juga merangkumi DUN Sri Andalas.Antara yang hadir ialah ahli majlis DUN Sri Andalas, Ketua Kampung & JKKK serta penduduk tempatan

Pada sesi kali ini, penceramah yang terlibat ialah Encik Ibrahim & juga Encik Akhdor. Semua peserta berasa gembira & teruja semasa program ini berlangsung.

Alamat Pejabat :
No 7B, Lorong Sanggul 1F,
41200 Bandar Puteri, Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-51660418
Pegawai 1) Encik Zawawi 019-3339871
              2) Encik Muslim 017-3525958










0 comments:

Post a Comment