Tuesday, December 21, 2010

Team Building PSA Akhiri kelendar 2010

BUDI training & management kembali ke gelanggang latihan lagi. Kali ini dengan warga kerja Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam aka PSA. Program selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 10 Disember dan berakhir pada 12 Disember 2010. Seramai 32 orang telah mengikuti program Team Building yang diadakan di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat Selangor.

Program yang julung-julung kali di adakan ini adalah untuk menyuburkan semula jalinan ukhuwwah dan mahabbah sesama warga PSA. Kehadiran Puan Pengarah PSA yang baru, Yg Bhg. Puan Asmara Sulong, Timbalan Pengarah, En Nazri dan Puan Zainab dalam program menjadikan program ini sangat bermakna terutama kepada semua pegawai-pegawai PSA.

Program Team Building kali ini dikendalikan bersama En Nordin Kamsin ( Pak Din ) dan Saudara Soiful Bahri sidek ( Pak Tabib Muda ). Kami selaku rakan perunding dan pengendali program ini merasa gembira diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program ini berjalan. al hamdulillah sebahagian besar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Kami sentiasa mendoakan agar kalian semua akan menjadi warga kerja yang ikhlas dan tabah serta  sentiasa mengharapkan redha Allah dalam setiap kerja dan aktiviti yang dilakukan.Tabek semua!

0 comments:

Post a Comment