Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul.

Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.

Tuesday, January 3, 2012

BENGKEL AURASHIFA KEMBALI LAGI

Pihak Penganjur sekali lagi membawakan Program Bengkel AuraShifa untuk mereka yang tidak dapat mengikutinya pada bulan yang lalu.

Program bulan Januari ini akan diadakan di : Shah Alam dan Kota Bharu.

Sila daftarkan diri anda, teman anda, pasangan anda,anak anda untuk mengikuti Bengkel hebat ini. Tempat terhad dan pendaftaran diutamakan kepada yang daftar awal.

Admin

Tuesday, November 15, 2011

Bengkel "The Power Of Intuition "

Bengkel "The Power Of Intuition "


Askm wrt wbt,

Saya ingin mengajak rakan-rakan dan semua pengunjung sekelian untuk menghadiri BENGKEL THE POWER OF INTUITION yang dikendalikan oleh seorang pakar dalam Terapi spiritual Aura Shifa Us Rahmat Setiawan.

Terapi ini diperkenalkan untuk membantu orang-orang yang terlibat dalam usaha membantu orang lain dengan satu pendekatan baru yang lebih santai, mesra dan yang penting ia adalah paduan antara teknik NLP ( barat ) dan Al Quran ( Islami ).

Anda yang menghadapi masalah kecelaruan spiritual, gangguan jiwa, makhluk halus dan sebagainya patut hadir kerana pendekatannya yang lebih mesra dan tidak menyakitkan pesakit.


Tempat sangat terhad dan cepat daftarkan diri anda. Diskaun akan diberikan kepada yang mendaftar 3 orang. Sijil akan diberikan kepada peserta bengkel.

Maklumat lanjut : 019 333 9871 - Us Zawawi

Tuesday, December 21, 2010

Team Building PSA Akhiri kelendar 2010

BUDI training & management kembali ke gelanggang latihan lagi. Kali ini dengan warga kerja Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam aka PSA. Program selama 3 hari 2 malam ini bermula pada 10 Disember dan berakhir pada 12 Disember 2010. Seramai 32 orang telah mengikuti program Team Building yang diadakan di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat Selangor.

Program yang julung-julung kali di adakan ini adalah untuk menyuburkan semula jalinan ukhuwwah dan mahabbah sesama warga PSA. Kehadiran Puan Pengarah PSA yang baru, Yg Bhg. Puan Asmara Sulong, Timbalan Pengarah, En Nazri dan Puan Zainab dalam program menjadikan program ini sangat bermakna terutama kepada semua pegawai-pegawai PSA.

Program Team Building kali ini dikendalikan bersama En Nordin Kamsin ( Pak Din ) dan Saudara Soiful Bahri sidek ( Pak Tabib Muda ). Kami selaku rakan perunding dan pengendali program ini merasa gembira diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program ini berjalan. al hamdulillah sebahagian besar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

Kami sentiasa mendoakan agar kalian semua akan menjadi warga kerja yang ikhlas dan tabah serta  sentiasa mengharapkan redha Allah dalam setiap kerja dan aktiviti yang dilakukan.Tabek semua!