Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul.

Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1433

Ucapan Salam Maal Hijrah 1433H

Sempena kedatangan tahun baru Islam hari ni, maka berduyun-duyun umat Islam yang kini sedar untuk memeriahkannya. Ini sesuatu yang menarik.

Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya?

Tanpa kita sedar umur kita semakin meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah bertaubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?

Sedar tak sedar, kita akan masuk ke tahun baru 1433 Hijrah pada esok hari. Cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru jer baca doa untuk awal tahun dan akhir tahun.. Tapi pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru lagi.

Team BUDI ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah 1433 ini akan memperkokohkan lagi azam kita utk terus berkhidmat, berbakti dan berjuang demi agama, bangsa dan watan. Marilah kita sentiasa berdoa agar bangsa, agama dan tanahair kita akan terus berada didalam peliharaan dan keberkatan ALLAH SWT....

Tidak lupa juga kami merakamakan ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh umat islam walau di mana jua berada. Juga didoakann agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.

Amin.....

Program Pengupayaan Pimpinan Desa 2012~

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua. Insya-Allah pada minggu ini "team BUDI" akan bergerak ke Unisel, Bestari Jaya untuk melaksanakan Program Pengupayaan Pimpinan Desa 2012 anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah maklumat program :

tarikh : 17 November 2012 (Sabtu)
masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
tempat : UNISEL, Bestari Jaya

Alamat Pejabat :
No 7B, Lorong Sanggul 1F,
41200 Bandar Puteri, Klang
Selangor Darul Ehsan
Tel / Fax : 03-51660418
Pegawai 1) Encik Zawawi 019-3339871
              2) Encik Muslim 017-3525958

Thursday, August 2, 2012

MENCARI BILIK MESYUARAT / SEMINAR????



Perlukan Tempat Yang Selesa Bagi Tujuan Latihan / Majlis / Mesyuarat /
Program Motivasi Dan Sebagainya ?

Fasiliti Yang Disediakan :

A) Bilik Berhawa Dingin
B) 40 Kerusi Bermeja
C) Internet UNIFI Percuma
D) Mikrofon Dan Pembesar Suara
E) LCD Projektor
F) Skrin LCD
G) Komputer
H) White Board

Bilik Latihan Kami Terletak Di Bandar Puteri Commercial Land, Mempunyai
Persekitaran Yang Bersih Yang Dikelilingi Dengan Pelbagai Kemudahan :
·         Kedai Makanan
·         Pasaraya Speedmart
·         Seven – Eleven (7-11)
·         Kedai Runcit
·         Restoran Makanan Segera (Mcd)
·         Pondok Balai Polis.
·         Surau
·         Berhampiran KESAS Highway
·         20 Minit Ke Shah Alam
·         20 Minit Ke Klang

Dengan Fasiliti Yang Terbaik, Kami Menawarkan Dengan Harga Seperti Berikut :-


BIL
PESERTA (PAX)
RM
RM
1
10
70.00 ½ HARI
100.00/HARI
2
20
130.00 ½ HARI
200.00/HARI
3
30
200.00 ½ HARI
300.00/HARI
4
LCD

200.00/3JAM


(Pekhidmatan Katering Juga Disediakan/Kadar Caj Mengikut Menu)

ALAMAT PEJABAT :

7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Waktu Operasi : 1) 9.00 - 5.00petang


*Sila Pastikan Temujanji Anda Sebelum Berurusan

ENCIK MUSLIM : 017-3525958
ENCIK ZAWAWI :  019-3339871