Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum

BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul.

Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.

Wednesday, February 1, 2012

AurAshifa 2012 "Kembali Lagi"


Assalamualaikum w.b.t....ape khabar blogger2 semua? didoakan akan sentiasa sihat walafiat, baru-baru ini  20/1/2012 - 22/1/2012 Team BUDI Training & Management telah mengadakan "Bengkel Aktifkan Intuisi AurAshifa 2012" bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam. Bengkel ini juga turut merangkumi 3 sesi, Preview, Basic & Advance.

Seramai 10 orang peserta termasuk 3 orang AJK BUDI Training & Management telah mengikuti sepenuhnya setiap Slot yang diadakan. Slot bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Rachmat Setiawan atau panggilan lebih mesra Pak Rachmat yang merupakan Pengasas AurAshifa. Beliau memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini.Terapi ini diperkenalkan untuk membantu orang-orang yang terlibat dalam usaha membantu orang lain dengan satu pendekatan baru yang lebih santai, mesra dan yang penting ia adalah paduan antara teknik NLP ( barat ) dan Al Quran ( Islami ).


Bengkel ini juga turut dihadiri oleh peserta yang memiliki latar belakang yang berlainan seperti pengurus syarikat, isteri, pelajar IPT dan juga pegawai kaunseling. Juga terdapat 2 orang peserta dari negara jiran iaitu Singapura yang sanggup datang untuk mempelajari teknik AurAshifa ini.


TESTIMONI
Puan Hayatun
"pengalaman di dalam bengkel ini amat berharga bagi saya kerana apabila saya menggunakan teknik AurAshifa, Alhamdulliah, tekanan saya semakin berkurang "

Modul bengkel ini adalah lebih kepada teori & praktikal, Ianya bertujuan memberi ruang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman di dalam "Bengkel AurAshifa 2012" ini.

semua peserta mendengar sesi teori dengan sepenuh perhatian, kalau boleh tak nak terlepas satu pun apa yang Pak Rachmat terangkan, heheh

Pak Rachmat menunjukkan teknik-teknik yang digunakan dalam mempelajari teknik AurAshifa

peserta diberi peluang untuk membuat teknik ini secara paraktikal (lelaki)

sesi bergambar bersama semua yang hadir

peserta perempuan juga diberi peluang untuk merasai sendiri teknik AurAshifa ini

sesi penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta yang hadir

sesi praktikal oleh peserta perempuan




peserta dari Singapura (abang)

peserta dari Singapura (adik)



Tuan Haji Zailan B Wagiman, beliau merupakan Pegawai Kaunseling

Insya Allah, sampai disini dulu warkah pada kali ini, terimalah pantun 2 kerat :

terima kasih daun keladi,
panjang umur jumpa lagi

Tuesday, January 3, 2012

MENCARI BILIK MESYUARAT DAN SEMINAR?

Pihak pentadbiran ini ingin menawarkan kepada anda yang tinggal dikawasan Klang dan Shah Alam yang ingin mengadakan mesyuarat syarikat seperti insyuran, MLM, Promosi produk dan sebagainya .

Sila hubungi pihak pengurusan untuk tempahan dan pertanyaan.

Terima kasih


Koordinator
BUDI TRAINING CENTRE
buditraining@gmail.com
buditraining.blogspot.com
fb.budi training

BENGKEL AURASHIFA KEMBALI LAGI

Pihak Penganjur sekali lagi membawakan Program Bengkel AuraShifa untuk mereka yang tidak dapat mengikutinya pada bulan yang lalu.

Program bulan Januari ini akan diadakan di : Shah Alam dan Kota Bharu.

Sila daftarkan diri anda, teman anda, pasangan anda,anak anda untuk mengikuti Bengkel hebat ini. Tempat terhad dan pendaftaran diutamakan kepada yang daftar awal.

Admin