20 April 2012 - Sesi PREVIEW AurAshifa 2012, di Hotel Concorde, jam 8.00 malam - 10 malam
21 April 2012 - Sesi BASIC AurAshifa 2012, di Hotel Concorde, jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Seramai 6 orang peserta telah mengikuti sepenuhnya setiap Slot yang diadakan. Slot bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Grand Master Rachmat Setiawan atau panggilan lebih mesra Pak Rachmat yang merupakan Pengasas AurAshifa. Beliau memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang ini. Terapi ini diperkenalkan untuk membantu orang-orang yang terlibat dalam usaha membantu orang lain dengan satu pendekatan baru yang lebih santai, mesra dan yang penting ia adalah paduan antara teknik NLP ( barat ) dan Al Quran ( Islami ).
Bengkel kali ini agak berbeza sedikit kerana banyak penyertaan daripada kalangan lelaki, rata-rata mereka semua berlatarbelakangkan ahli perniagaan. Pasaran AurAshifa ini juga telah sampai ke negeri utara Malaysia, Encik Mohammad merupakan salah seorang peserta dari Kedah. Beliau merasakan teknik ini amat sesuai dan fleksibel digunakan untuk semua lapisan umur.
TESTIMONI
Encik Abdullah -Ahli Perniagaan-
"ilmu yang disampaikan amat berguna dan saya rasa berpuas hati, kini diri saya lebih tenang". Saya rasa lebih berkeyakinan.
Cik Mardhiyah -Eksekutif-
"saya mempelajari mengenai kuasa minda dan juga cara mengaktifkan potensi diri saya"
Encik Dr Wan Adam -Ahli Perniagaan-
"teknik yang ditunjukkan merupakan salah satu cara bagaimana untuk mencapai objektif atau matlamat kita, dan juga mengetahui kaedah untuk menyerlahkan aura diri". Alhamdulillah.
Puan Najwa -Pembantu Pentadbiran-
"kini saya mempelajari bagaimana untuk membuat terapi diri dan juga memasuki pemikiran di bawah sedar". Tambah beliau lagi "mereka yang menghadapi masalah kecelaruan spiritual, gangguan jiwa, makhluk halus dan sebagainya patut hadir kerana pendekatannya yang lebih mesra dan tidak menyakitkan pesakit".
Modul bengkel ini adalah lebih kepada teori & praktikal, Ianya bertujuan memberi ruang kepada para peserta untuk merasai sendiri pengalaman di dalam "Bengkel AurAshifa 2012" ini.
PESERTA MEMBERIKAN SEPENUH PERHATIAN |
SESI PERBINCANGAN BERSAMA GRAND MASTER RACHMAT SETIAWAN |
PESERTA SERONOK BERBUAL MENGENAI ILMU YANG TELAH DISAMPAIKAN |
GRAND MASTER MENUNJUKKAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM BENGKEL INI |
DR WAN ADAM JUGA TIDAK KETINGGALAN UNTUK MENCUBA |
TEKNIK "SELF HEALING" |
PERBINCANGAN BERSAMA GRAND MASTER RACHMAT |
SESI SOAL JAWAB |
SESI SOAL JAWAB |
PESERTA DIBERI PELUANG UNTUK MENCUBA SENDIRI TEKNIK INI |
PESERTA TURUT DIBANTU OLEH PEMBANTU GRAND MASTER RACHMAT |
WAHHH!!! PESERTA GEMBIRA SEBAB BERJAYA MELAKUKAN TEKNIK INI |
TERPANCAR WAJAH KERIANGAN |
NI LA EN.MOHAMMAD (EN. MAT) DARI KEDAH |
TAHNIAH!!! |
SESI BERGAMBAR BERSAMA GRAND MASTER |
SERONOKNYEEEEEEEEEE |
SESI BERGAMBAR BERSAMA SEMUA PESERTA |
INSYA-ALLAH KITA JUMPE LAGI YEEEEEE |
ALAMAT PEJABAT :
7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Insya Allah, sampai disini dulu warkah pada kali ini, terimalah pantun 2 kerat :
terima kasih daun keladi,
panjang umur jumpa lagi
No comments:
Post a Comment