Assalamualaikum w.b.t....ape khabar blogger2 semua? didoakan akan
sentiasa sihat walafiat, sudah lama blog ini tidak di uptodate kan?
baiklah, untuk pengetahuan semua baru-baru ini 20/4/2012 - 22/4/2012
(jumaat - ahad) Team BUDI
Training & Management telah mengadakan satu lagi "Bengkel Aktifkan
Intuisi
AurAshifa 2012" bertempat di Concorde Hotel, Seksyen 9, Shah Alam.
Bengkel ini juga
turut merangkumi 3 sesi, Preview, Basic & Advance.
20 April 2012 - Sesi PREVIEW AurAshifa 2012, di Hotel Concorde, jam 8.00 malam - 10 malam
21 April 2012 - Sesi BASIC AurAshifa 2012, di Hotel Concorde, jam 9.00 pagi - 5.00 petang
Seramai 6 orang peserta telah mengikuti sepenuhnya setiap Slot yang diadakan. Slot
bengkel ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Grand Master Rachmat Setiawan
atau panggilan lebih mesra Pak Rachmat yang merupakan Pengasas
AurAshifa. Beliau memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang
ini. Terapi ini diperkenalkan untuk membantu orang-orang yang terlibat
dalam usaha membantu orang lain dengan satu pendekatan baru yang lebih
santai, mesra dan yang penting ia adalah paduan antara teknik NLP (
barat ) dan Al Quran ( Islami ).
Bengkel kali ini agak berbeza sedikit kerana banyak penyertaan daripada
kalangan lelaki, rata-rata mereka semua berlatarbelakangkan ahli
perniagaan. Pasaran AurAshifa ini juga telah sampai ke negeri utara
Malaysia, Encik Mohammad merupakan salah seorang peserta dari Kedah.
Beliau merasakan teknik ini amat sesuai dan fleksibel digunakan untuk
semua lapisan umur.
TESTIMONI
Encik Abdullah -Ahli Perniagaan-
"ilmu yang disampaikan amat berguna dan saya rasa berpuas hati, kini diri saya lebih tenang". Saya rasa lebih berkeyakinan.
Cik Mardhiyah -Eksekutif-
"saya mempelajari mengenai kuasa minda dan juga cara mengaktifkan potensi diri saya"
Encik Dr Wan Adam -Ahli Perniagaan-
"teknik yang ditunjukkan merupakan salah satu cara bagaimana untuk
mencapai objektif atau matlamat kita, dan juga mengetahui kaedah untuk
menyerlahkan aura diri". Alhamdulillah.
Puan Najwa -Pembantu Pentadbiran-
"kini saya mempelajari bagaimana untuk membuat terapi diri dan juga
memasuki pemikiran di bawah sedar". Tambah beliau lagi "mereka yang
menghadapi masalah kecelaruan spiritual, gangguan jiwa,
makhluk halus dan sebagainya patut hadir kerana pendekatannya yang
lebih mesra dan tidak menyakitkan pesakit".
Modul bengkel ini adalah lebih kepada teori & praktikal, Ianya
bertujuan memberi ruang kepada para peserta untuk merasai sendiri
pengalaman di dalam "Bengkel AurAshifa 2012" ini.
PESERTA MEMBERIKAN SEPENUH PERHATIAN |
SESI PERBINCANGAN BERSAMA GRAND MASTER RACHMAT SETIAWAN |
PESERTA SERONOK BERBUAL MENGENAI ILMU YANG TELAH DISAMPAIKAN |
GRAND MASTER MENUNJUKKAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM BENGKEL INI |
DR WAN ADAM JUGA TIDAK KETINGGALAN UNTUK MENCUBA |
TEKNIK "SELF HEALING" |
PERBINCANGAN BERSAMA GRAND MASTER RACHMAT |
SESI SOAL JAWAB |
SESI SOAL JAWAB |
PESERTA DIBERI PELUANG UNTUK MENCUBA SENDIRI TEKNIK INI |
PESERTA TURUT DIBANTU OLEH PEMBANTU GRAND MASTER RACHMAT |
WAHHH!!! PESERTA GEMBIRA SEBAB BERJAYA MELAKUKAN TEKNIK INI |
TERPANCAR WAJAH KERIANGAN |
NI LA EN.MOHAMMAD (EN. MAT) DARI KEDAH |
TAHNIAH!!! |
SESI BERGAMBAR BERSAMA GRAND MASTER |
SERONOKNYEEEEEEEEEE |
SESI BERGAMBAR BERSAMA SEMUA PESERTA |
INSYA-ALLAH KITA JUMPE LAGI YEEEEEE |
ALAMAT PEJABAT :
7b, Lorong Sanggul 1F,
Bandar Puteri,
41200 Klang, Selangor
Tel / Faks : 03 5166 0418
Insya Allah, sampai disini dulu warkah pada kali ini, terimalah pantun 2 kerat :
terima kasih daun keladi,
panjang umur jumpa lagi
0 comments:
Post a Comment