PENGENALAN
BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul . Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.
VISI
Melahirkan insan secara holistic iaitu mencakupi aspek spiritual , intelektual , emosi dan psikososial dengan menggunakan konsep sepadu ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi moden.
MISI KORPORAT
Membangunkan komuniti yang seimbang dari aspek sosial , komunikasi , emosi dan intelektual dengan modul yang lebih enovatif dan kreatif untuk membina kecemerlangan.
MOTTO
Bina Ummah Didik Insan
0 comments:
Post a Comment